Gambar hiasan
Assalamualaikum semua, kali KKR nak share pada uolss smua cara utk tangani anak yang nakal dan liar, tak perlu guna kekerasan pada mereka.. sebab nanti mereka akan memberontak, maklum la, hati tengah muda kan.. so sebaiknyaa uolsss cuba tips ini..
Antara tips2nya seperti berikut :
Pertama : Beri perhatian sepenuhnya pada anak2. First sekali bila anak2 cuba menunjukkan sesuatu yg boleh mereka banggakan..mislanya mereka ingin menujukan pencapaian di sekolah mereka.. Kebiasaannya mereka akan mencari teman yg boleh menggembirakan dia dan berasa 'dihargai' apabila bersama-sama teman..
kedua : Semak balik hubungan kita dengan Allah SWT, Sekiranya hubungan kita renggang dengan Allah, bermakna semakin renggang juga hubungan kita dengan manusia. Tapi kalau rapat hubungan kita dengan Allah SWT, percayalah.. yang Allah akan merapatkan n memudahkan hubungan kita sesama manusia terutama anak2 N keluarga.
Ketiga : Perbanyakan doa Pada Allah, Mohon padaNya supaya anak tidak nakal.. Doa adalah senjata orang mukmin. ramai di antara kita (ibu bapa) mengabaikan mukjizat doa. Berdoalah selalu dan berdoalah sungguh2 terutamanya pada waktu mustajab berdoa. ketika berdoa itu sebut la nama anak.
Keempat : Masa anak tidur, sebaiknya bacakan surah di kepalanya. Baca Surah Al-Insyirah, Al-Ikhlas, surah Toha N Surah Lukman. Selawat. Sebelum kita tidur, hantar gelombang positif kepada anak kita. Pejam mata N bayangkan apa yg kita nak bagitau pada anak kita. Ketika itu Ucapkan kata2 yang lembut N baik yang anak suka mendengarnya.
Kelima : Kebiasaanya anak mencontohi perangai kita, oleh itu Sebaiknya elakkan mengeluarkan perkataan yg kesat ataupun kasar ketika bercakap dengan anak-anak. Dan elakkan juga tingkahlaku ataupun perangai kasar bila depan mereka. Percayalah.. Anak2 adalah cermin ibu bapa.
Keenam : Jangan melabel anak. Jangan lebelkan pada anak seperti 'pemalas', 'lembek', 'pengotor', 'bodoh', 'penakut', apa sahaja yang kita label negatif kepada anak, iaakan menjadi sistem kepercayaan yg tertanam dlm minda anak kita. Sukar untuk mengikis kepercayaan ini dan bila dewasa kelak, anak akan jadi seperti yang kita selalu labelkan itu.
Ketujuh : Kurangkan pendedahan kepada televisyen terutama cerita berunsur ganas keterlaluan. Lebih elok jangan bagi tengok langsung cerita yang beunsur ganas. Dan elakan anak menonton tv sehingga tertidur, ini kerana visual ganas yang mereka tengok sebelum tidur itu akan masuk ke alam separa sedar anak kita. Perbanyakan nasihat pada mereka kenapa tak boleh bergaduh N sebagainya dan perbanyakan Ceritakan juga hukuman Allah dalam Al-Quran pada orang yang tidak menyayangi orang lain. Banyakkan cerita kisah2 Nabi dan tauladan. itu lebih baik..
Kelapan : Semak punca rezeki yang kita beri anak kita makan. Ada tak unsur - unsur syubhah dan haram biar pun sikit. Apabila kita mengambil harta orang dgn cara yang salah N orang tidak rela, dan beri makan anak kita, begitulah perangai anak kita nanti. Nauzubillah.
Sembilan : Biasakan bawa anak-anak ke rumah Allah, contoh surau, masjid.. Ajar mereka solat jemaah dan ajar mereka bergaul dgn masyarakat tanpa mengira peringkat umur supaya dia disayangi masyarakat.
Sepuluh : Perbanyakn guna perkataan bermaksud 'ajak', bukan 'suruhan'. Kebiasaannya dan Kebanyakan manusia tidak suka bila disuruh-suruh atau diperintah tetapi lebih suka di ajak.
Sebelas : Perbanyakan puji anak kita walau mereka buat kebaikan yang kecil. Percayalah.. Manusia memang suka di puji terutama anak2 kerana dgn itu dia berasa dirinya diberi perhatian. Mengikut kajian, dengan melakukan pujian pada mereka ia akan meningkatkan self-esteem anak.
Duabelas : Berkawan dengan kawan-kawan anak kita. Selalu la menjemput kwn anak2 kita datang kerumah sekali sekala, jamukan makan N bersembang supaya kita dapat mengenali mereka lebih rapat.
Apapun, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Mendidik anak bermula daripada diri sendiri. kita menentukan anak kita. Kalau kita baik, insyaAllah anak pun akan baik juga.
Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Terima kasih kerana membaca.. Jangh lupa share pada kawan2 yang lain..
0 comments:
Post a Comment