Assalamualikum uolsss, baru2 KKR dapat email dari seseorang suri rumah yang bernama puan roziah binti kamal, beliau bertanya pada KKR untuk mengelakan baju berbau hapak masa bila simpan baju dalam almari.
Hari ni KKR nak share petua mudah ni pada puan roziah & uolsss semua. Untuk pengatahuan uolsss, petua ni KKR dapat dari nenek KKR sendiri tau.. Smpai sekarang KKR masih lagi gunakan petua ni.. Nak jimat la katakan.. hehehe..
Petua yang pertama : Serbuk Kopi
- Kalau uolsss nak tahu, serbuk kopi ni boleh menyerap bau yang kurang menyenangkan. Caranya mudah sangat, uolsss isi serbuk kopi dalam tin bertutup (separuh pun dah cukup) tebuk lubang kat atas tin tu dan letak dalam almari. Sebaiknya uolsss tukar serbuk kopi tu sebulan sekali, ini untuk kekalkan kesegaran kopi tu.
Petua yang kedua : Sabun Buku
- Uolsss pilih sabun yang baunya yang menyenangkan, ikut pada cita rasa uolss sendiri. Letakkan lipatan baju kat dalam kotak atau laci yang bertutup. Kemudian uolsss letakkan satu lagi lapisan kain nipis macam napkin kat atas lipatan baju tu dan letakkan sabun buku tersebut kat atas lipatan baju tersebut. Tutup kotak atau laci tersebut. lebih kurang empat jam sahaja, pakaian uolsss akan menyerap bau sabun tadi tu.
Petua yang ketiga : Bebola Kapas dan Parfum
- Seperti yang kita semua tahu, parfum tak boleh hilangkan bau busuk atau hapak, tetapi parfum boleh melindungi pakaian uolsss dari berbau. Sembur parfum haruman pilihan uolsss pada bebola kapas dan letakkan dalam almari pakaian uolsss.
Petua yang keempat : Herba Dalam Uncang
- Isi herba yang uolsss suka dalam uncang kapas. KKR cadangkan bunga lavender ataupun serai. Tutup dan letakkannya dalam almari pakaian uolsss.
Mudahkan dan jimatkan?? uolsss boleh cuba mana2 petua yang ada kat atas tu..
Selamat mencuba uolsss..!! Jangan lupa share pada yang lain..
0 comments:
Post a Comment