Gambar Hiasan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Dalam kehidupan sekarang tidak mustahil kita tak akan mengalami tekanan bila berhadapan kerenah manusia di sekeliling kita, tak kira la di mana pun, di rumah, tempat kerja.. Mana2 pun sama je kan.. di sini KKR nak kongsi empat pekara menyebabkan hidup kita menjadi sukar dan tertekan.
Yang pertama cukup ramai orang kita selalu buat, bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.
- Oleh itu jom sama2 kita amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: "Bismillahi 'ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika Wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta'jila ma akkharta wala takkhira ma 'ajjalta. "(Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).
Yang kedua ni pun banyak juga yang berlaku di kalangan orang kita, berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat. Allahu..
- Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: "Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah , dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). "
Yang ketiga tak perlu cakap, memang cukup2 banyak berlaku dalam kehidupan kita sekarang, iri hati, dendam dan dengki. Betul tak uolsss??
- Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa 'ayat 54 yang bermaksud: "Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya."
- Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api."
Yang keempat pula Berpaling daripada mengingati Allah.
- Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta."
Cuba kita tengok balik 4 sifat yang di atas, ada tak dalam diri kita? kalau ada masih belum terlambat untuk ubah.. Jom sama2 kita elak daripada melakukan keempat-empat perkara di atas, Insya-Allah hidup kita akan tenang. Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment