Amalkan Membaca Surah Al-Ikhlas Selepas Solat, Insya Allah, Ia Akan Mengubati Diri Kita Sendiri.

Gambar Hiasan

Amalkan Membaca Surah Al-Ikhlas Selepas Solat, Insya Allah, Ia Akan Mengubati Diri Kita Sendiri.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam.Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3x selepas setiap solat fardu, Insya Allah ia akan mengubati diri kitasendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: "Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani)." (HR: Ibnu Majah r.a.)


Rasululllah SAW bersabda: "Sesiapamembaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan paramalaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratulmustaqim lalu menuju kesyurga." Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yangmembaca 10 kali surah Al-Ikhlas siangdan malam; Maka Allah memberinya sebuah istanadalam syurga. "(HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.).


Demikian sahaja yang boleh saya kongsikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya.


Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Sekian wasallam.

Share on Google Plus

About motifkita

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

close