Antara Sebab Dan Punca Haid Lambat Datang. Sebab 1 Dan 2 Yang Kerap Berlaku Pada Wanita. Elakkan..!!


Antara Sebab Dan Punca Haid Lambat Datang.

Ramai diantara kita (wanita) yang pernah mengalami pekara sebegini, kadang-kadand tertanya kenapa boleh jadi macam tu kan? kalau uolsss nak tahu kenapa, ini antara sebab-sebabnya : 

1. Emosi terganggu disebabkan kerja atau masalah lain
  • Kalau uolsss nak tahu, tekanan dlm bentuk fizikal dan mental boleh juga mempengaruhi hormon kita sebagai wanita dan mengakibatkan putaran haid kita lambat. Kata pakar bila kita dalam keadaan tertekan, badan secara semulajadi akan mengeluarkan hormon stres yang membolehkan menganggu ovulasi dan akan mnghentikan darah haid.


2. Pengambilan ubat-ubatan ataupun jamu.
  • Kalau uolsss ada mencuba jamu atau melakukan rawatan traditional untuk menguruskan badan, kemungkinan itu antara sebabnya mengapa haid datang lewat. Untuk pengatahuan uolsss, jamu sebenarnya panas dan kemungkinan ia tidak sesuai dengan tubuh seseorang itu. dan di sebabkan itu salah satu faktor haid datang lambat.


3. Badan terlalu besar.
  • Lemak dalam badan juga membolehkan ketidakseimbangan hormon, kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Kalau badan uolsss besar, cuba turunkan berat badan sebanyak 10%, mengikut kajian pakar, berlebihan hormon estrogen juga blh menganggu kitaran haid. Dan mengikut kajian, penurunan berat badan sebanyak 10% akan kembalikan putaran haid yang normal. So uolsss yang berbadan besar tu, cuba turunkan berat badan dengan cara yang sihat ok..


4. Badan terlalu kurus.
  • Kurang lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid seseorang. Pekara ini kebiasaanya terjadi pada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit.


5. Masalah kesihatan
  • Di serang penyakit secara tiba2, contohnya demam panas dan lain2. Untuk pengathaun uolsss, menjalani pembedahan juga adalah salah satu faktor kitaran haid akan terganggu.


6. Tersilap melakukan pengiraan tarikh haid.
  • Masalah ini juga kerap terjadi pada wanita2 di luar sana. Boleh dikatakan 50% wanita gagal mengingati tarikh sebenar haid mereka. So lepas ni, uolsss kena buat pengiraan dengan betul ok..


P/S : Sekiranya putaraan haid uolsss tidak teratur dan pekara ini berlarutan, sebaiknya rujuk pada pakar untuk mengenal pasti punca sebenar.

Share on Google Plus

About motifkita

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

close