Gambar Hiasan
Hukum Memberi Salam Antara Lelaki Dan Wanita.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati.
Ulama telah memberi huraian mengenai antara memberi salam lelaki kepada wanita :
1) Sekiranya yg memberi salam walaupun yang menjawab salam itu adalah isteri, hambanya ataupun orang yg haram berkahwin dengannya hukumnya adalah sama seperti salam di antara lelaki dan lelaki - Maksudnya wajib menjawabnya.
2) Makruh kepada lelaki yang memberi salam terhadap wanita muda yang boleh dikahwini manakala wanita itu haram untuk menjawabnya.
3) Haram kepada wanita muda yg boleh dikahwini memberi salam, manakala lelaki yg diberi salam makruh untuk menjawabnya.
4) Harus kepada seorang lelaki untuk memberi salam kepada sekumpulan wanita & wajib diatas salah seorang(kumpulan) dari mereka itu untuk menjawabnya sekiranya tidak menimbulkan fitnah.
5) Sunat pula sekumpulan wanita memulakan salam & wajib atas lelaki untuk menjawabnya jika tidak menimbulkan fitnah.
6) Dan apabila sekumpulan lelaki pula yang memberi salam terhadap seorang wanita, dia wajib menjawab sekiranya ia tidak takut fitnah, sama juga sekira sebaliknya.
7) Harus sekumpulan lelaki yang memberi salam kepada sekumpulam wanita dan wajib mereka untuk menjawabnya jika tidak takut fitnah, sama juga sekira sebaliknya.
Demikian sahaja yang boleh saya kongsikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.
Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment