Assalamualaikum uolsss, Jarang sekali kita dengar pasangan suami isteri makan satu dulang sesamakan? Ada sesetengah orang beranggapan pelik bila makan satu dulang, walhal ia adalah satu kemanisan dan ia juga sunnah Nabi.
Jom baca pengalaman yang dikongsikan seorang suri rumah makan sedulang bersama suami.
Dalam tak sedar sudah enam tahun kami makan satu dulang. Dulu mula2 kawin kalau makan sesama boleh merajuk, ye la mana tidaknya, kita isteri baru makan satu suap, tapi suami dah 5 ke 6 suap, kita tak nak kuah, tapi dia nak kuah, kadang2 bahagian yang kita nak makan, tapi dia yang makan. masa tu memang tak seronok nak makan sesama.
Tapi lama kelamaan tanpa sedar, itu menjadi mengikat kasih sayang antara kami berdua. dari tak ambil tahu, ia ambil tahu. Dari fikir sendiri, fikir orang lain juga. Lama2 suami faham saya jenis makan perlahan. Kadang tu suami tunggu dan suapkan saya dan dia dah faham mana yang saya tak suka makan, dan mana yang saya suka makan. Tolak ansur ketika makan semakin menjadi, saya dan suami tak ikut selera masing2, sebab masing2 dah faham antara satu sama lain.
Saya tahu suami saya makan cepat, saya kata.
“Abang makanlah, sayang tak nak la banyak2,” tolak nasi ke arah dia, tapi suami akan tolak semula.
“Eh? Sayang makanlah, sikit je sayang makan,” balas suami
Akhir sekali, kalau ada semulut saja nasi yang tinggal dalam dulang, suami saya akan bahagikan dua, saya akan tinggalkan yang last itu untuk suami tapi suami juga nak saya makan juga suapan yang last itu.
Begitulah la kami hari2, dalam tak sedar kami rasa seronok bila makan sedulang.
Sekarang rasa tak lalu nak makan kalau saya dan suami tak makan dalam dulang bersama. Bila dah jadi amalan kami hari2, bila makan seorang rasanya tak sedap. Ada yang kata makan satu dulang kongsi tak puas tetapi itu nikmat bagi kami berdua. Makan satu dulang mungkin pelik bagi yang tidak pernah merasa, masing2 makan guna pinggan sendiri, tetapi untuk kami tidak, kami akan makan sedulang, sebab itulah cinta yang membuahkan bahagia antara kami.
Cubalah, sebenarnya bahagia banyak cara. Bagi yang memahami dan mahu mengikut sunnah cuba amalkan makan sedulang dengan pasangan anda. Lama kelamaan anda akan rasa nikmat sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment