Assalamualaikum uolsss, kali ni KKR nak kongsi satu petua dan amalan yang di ajar oleh islam ketika pindah rumah, petau dan amalan ini KKR dapat dari seorang ustaz. jom sama2 kita baca apa dia amalan2 yng petua yang dikongsikan..
Amalan2nya adalah seperti berikut :
Yang pertama : Solat berjemaah & azan. Kata ustaz rumah yg baru kita beli ataupun baru kita duduki sebaiknya kita lakukan solat berjemaah dikalangan ahli keluarga kita. Mula2 laungkan azan utk melakukan solat fardu ketika pertama kali masuk rumah baru. Amalan ini juga baik bagi bangunan yg telah lama ditinggalkan & tidak dihuni oleh sesiapa sebelum ini. Dlm sebuah hadis, Rasulullah SAW. pernah memberitahu bahawasekiranya sesebuah permis atau pun rumah ituterlalu lama tanpa penghuni ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus jin yg dikenali sebgai Al-'Ammar yang suka tinggal di rumah yg tidak berpenghuni.
Yang kedua : Pesan ustaz bacalah surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah SAW bersabda yangbermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan" (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Muslim dan Nasai)
KLIK DISINI : TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI RUMAH
Yang ketiga : Pesan ustaz lagi : Banyakkan solat sunat & membaca al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran." (Hadis riwayat Baihaqi)
Yang keempat : Ustaz kata perbanyakkan baca Zikir al-Mathurat kubra setiap pagi (lepas subuh) & petang (selepas asar ataupun lepas magrib) amalan ini bukan utk menduduki rumah baru sahaja tetapi amalan harian yg sunat yang dituntut utk dibacakan setiap hari pagi N petang. Insya Allah jin kafir & syaitan akan menjadi lemah utk menggoda N mengganggu pengamalnya yg sentiasa membaca zikir al-Mathurat .
Yang kelima : Kata ustaz lagi : Pagar Rumah Seperti ajaran islam - Perbuatan memagar rumah dgn menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga & memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yg bertentangan di sisi Islam.
Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Jazakallahu khairan.
0 comments:
Post a Comment