Assalamualaikum semua, baru2 sy ada ke kelantan. Saja ziarah mak angkat kat sana. Masa saya kat sana, saya tak berapa sihat, batuk semacam. Korang pun tahu la.. kalau batuk ni.. apa yg kita buat semua tak selesa..
Jenis saya malas nak pergi jumpa doktor. Kalau pergi pun mesti dia bagi ubat batuk. Kalau ubat batuk, memang tak la saya nak makan.
Keesokan harinya batuk saya masih tak elok. Mak angkat saya dah berbuih mulut ajak saya ke klinik, tapi saya tak nak. Sebelum saya di paksa, baik saya iktiar..
Apa lagi, tanya encik google la.. huhu.. Cari punya cari, jumpa satu petua ni.. Petua saya jumpa tu suruh amalkan makan gula merah.
Saya pun cuba la petau tu, saya amalkan 3 kali je dalam satu hari, saya gigit sikit je. Alhamdulillah, Lepas makan gula merah tu, batuk sy hilang sikit demi sedikit.. Macam tak percaya je..
Disebabkan petua tu menjadi, hari ni saya share petua tu dengan korang.
Bila saya tanya orang tua, petua ni memang di amalkan orang dulu2.. Bagi korang yang batuk boleh la cuba petua mudah ni. Tengok sendiri hasilnya nanti.
P/S : Kalau batuk korang masih tak hilang selepas amalkan petua ni, saya nasihatkan jumpa pada pakar.
0 comments:
Post a Comment