Gambar hiasan
Rasia Untuk Mendidik Anak Dengan Betul.
Antara Rahsia untuk didik anak.
1. Bila nampak anak menangis, jangan lengah untuk diamkannya. Cuba tunjuk sesuatu suapaya agar anak tengok. Mengikut kajian, proses memujuk ketika anak menangis adalah membentuk.
2. Kalau nak anak kita berhenti bermain, jangan sesekali keluarkan perkataan “Sudah, berhenti main!”. Sebaiknya katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi ya”. Kemudian ingatkan lagi: “Dua minit lagi ya”. Akhir sekali barulah kata: “Waktu main dah habis”. Percayalah.. Waktu tu merka akan berhenti bermain.
3. Kalau korang nak leraikan anak yang tengah gaduh, sebaiknya katakan: “sapa nak mendengar ayah/ibu bercerita, angkat tangan.” Tentu salah seorang akan angkat tangan, lepas tu korang tengok anak-anak yang lain, mereka akan ikut dan semuanya akan diam.
4. Sebelum tidur biasakan untuk mengajak mereka, seperti “Jom tidur sayang.. besok pagi kita semua nak solat subuh”, secara tak langsung, mereka akan ingat akhirat.
Elak berkata: “Tidur sayang, esok nak sekolah”, secara tak langsung, anak2 tak ingat nak solat subuh dan fikiran mereka akan tertumpu pada dunia sahaja.
5. Ini penting..!! Sebaiknya nikmatilah masa kecil anak2 kita, karana waktu akan berlalu terlalu cepat. Kenakalan anak2 tidak akan lama dan ia akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup. Oleh itu bermainlah bersama anak2, ketawa, berguraulah dengan mereka. Jadilah diri kita seprti kanak2 ketika bermain atau bergurau dengan mereka, ajarlah mereka dengan cara yang menyeronokkan.
6. Tinggalkan HP dan matikan TV ketika bersama mereka. Kalau ada telipon korang, bagitahu pada yg call korang tu, “Maaf, sekarang saya sedang sibuk bersama anak2 saya”. Sebagai ibu bapa, kita kena tahu membahagikan masa bersama mereka.
7. Selain itu, jangan lupa untuk berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak2 kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia ataupun di akhirat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua. Dipersilakan share..!!
0 comments:
Post a Comment