Tip Untuk Para Ibu yang Berpuasa Ketika Mengandung
Bulan ramadan semakin hampir, untuk ibu2 yang mengandung dan ingin berpuasa, cuba tips di bawah.
Tips yang pertama : Makan buah kurma dan susu
Semua tahu buah yang kurma merupakan satu makanan yang sihat dan buah kurma juga adalah sunnah Nabi.
Sebelum korang masuk tidur, ambil 3 biji buah kurma. Buang kulitnya dan racit2 sedikit kurma tu sampai halus. Kemudian, korang rendam dalam air masak.
Bila bangun sahur ke esokannya, tapis dan kisar kurma tadi tu dengan secawan susu segar. Minum dan niat supaya diberikan tenaga yang berpanjangan ketika berpuasa.
Tips yang kedua : Ambil Makanan Seimbang
Selain dari makan makanan sunnah, korang perlu juga pastikan makan makanan yg lengkap segi nutrisi. Untuk panduan korang, lihat jenis makanan yang di syorkan ini.
- Karbohidrat kompleksseperti roti dan nasi
- Makanan berasaskan protein seperti daging, ayam, ikan atau kekacang seperti lentil dan kacang pis
- Sayuran atau ulam2man
- Sebagai tip tambahan, kurangkanpengambilan gula yg berlebihan. Pada bulan puasa, kita semua memang suka makan kuih tradisional seperti kuih limas, ondeh-ondeh dan pelbagai lagi, tiada masalah. Cuma, kurangkannya..!!
Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan paras gula dalam badan korang bertambah dengan mendadak. Sebaiknya elakan.
Tips yang ketiga : Perbanyakkan Minum Air Kosong
Buat ibu yang mengandung, korang di sarankan untuk meminum air kosong yg banyak. Sebaiknya masuk waktu berbuka, pastikan minum air kosong dengan banyak.
Begitu juga ketika korang bersahur. Pengambilan air kosong ketika bersahur untuk memastikan badan korang kekal hidrasi pada siang hari.
Selain itu korang juga di nasihatkan untuk mengelakkan untuk mengambil beberapa jenis makanan dan minuman.
Antaranya adalah:
- Kurangkan pengambilan kopi ataupun teh, kerana minuman teh atau kopi ini mengandungi kafein.
- Kurangkan pengambilan makanan berempah dan pedas kerana rempah atau makanan yang pedas ini mungkin menyebabkan pedih perut.
- Kurangkan makanan yang berminyak dan berlemak untuk mengelakkan sakit pedih ulu hati dan bertambah berat badan.
Antara Isyarat Berbahaya Yang Menandakan Korang Berhenti Berpuasa.
- Anda berasa pening-pening dan lemah badan yang serius
- Anda pengsan
- Sakit pedih ulu hati yang teruk
- Jika anda berada di trimester yang pertama, berat badan anda tidak bertambah secara mencukupi
- Air kencing menjadi pekat dan kuat baunya
- Anda berasa loya dan muntah-muntah dengan teruk
- Jadi, jika anda sedang mengandung dan bercadang untuk berpuasa, maka silakan. Cuba tip untuk para ibu yang berpuasa ketika mengandung yang kami kongsikan di atas ini.
P/S : Sekiranya korang ada mengesan beberapa perkara seperti ini jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor.
0 comments:
Post a Comment