Bolehkan kita memandulkan kucing peliharaan? Ini Penjelasan Dari Seorang Ustaz. [ Baca Untuk Pengatahuan Bersma..!! ]


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

JAKIM memberi fatwa untuk memandulkan kucing adalah harus.

Untuk mengikuti pandangan mazhab pula seperti berikut :

#Pertama : Ulama mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa mengkasi haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.

#Kedua : Ulama mazhab Malik pula berpendapat Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.

#Ketiga : Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yangdimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Mereka berpendapat: Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya ketika ia kecil, dan diharamkan selaindaripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan prosesmengkasi itu tidak mendatangkan kecelakaan (kepada (haiwan).

#Keempat : Ulama Hanbali pula mengharuskan mengkasi kambing untuk mengelokkan dagingnya. Dikatakan: Makruh mengkasi kuda dan haiwan lain.

#Kelima : Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana2 binatang kerana ia menyakitkannya.

Terdapat beberapa pandangan ulama' yg menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat manafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syeikh Muhammad ibn Sholeh al Uthaimin (Angggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi dan pakar fiqh abad ini ) pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh jika tidak ada orang yang ingin membelanya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-

"Jika pembedahantersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, keranasesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta" Seterusnya Syeikh ibn Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannyaAkan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).

Demikian sahaja yang boleh KKR kongsikan, sebelum itu KKR mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang KKR sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya. wasallam.


Share on Google Plus

About motifkita

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

close