**Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
**Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam.Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
**Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaat sebenarnya, mengikutkesanggupan seseorang itu dan kemampuan, dgn setiap 2 rakaat 1 salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar 2 rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Hadis Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)#1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa seperti berikut :
**Doa Sebelum Tahajjud
"Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali."#2. Niat Solat Tahajjud:
"Sahaja aku bersolat Sunat Tahajjud 2 rakaat, kerana Allah Ta’ala.#3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
i. Rakaat yang pertama - Ayat Al-Kursi (7x)
ii. Rakaat yang kedua - Surah Al-Ikhlas (11x)**Ataupun;
i. Rakaat pertama - Ayat Al-Kaafirun
ii. Rakaat kedua - Surah Al-Ikhlas
#4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 1 kali:
**Doa sujud akhir :
"Wahai Tuhanku masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukkan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikan kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."
#5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
"Ya Allah! Jadikan di dalam hatiku cahaya, pada lidahku cahaya, dan jadikan pada pendengaranku cahaya serta jadikan pada penglihatanku cahaya, jadikan di belakangku cahaya, dan di hadapanku cahaya dan dari bawahku cahaya. Ya Allah! Kurniakan kepadaku cahaya yang cemerlang."#6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut :
**Doa Solat Sunat Tahajjud
."Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
**Demikian sahaja yang boleh saya kongsikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya.
**Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Sekian wasallam.
0 comments:
Post a Comment