4 Cara Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Pujuk Lelaki (suami ) Yang Merajuk.


4 Cara Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Pujuk Lelaki (suami ) Yang Merajuk. 


Assalamualaikum uolsss, baru2 ni KKR terima email dari seorang hamba Allah ni. Beliau minta tips dari KKR untuk pujuk lelaki yang tengah merajuk. Uolsss jangan ingat lelaki tak pandai merajuk tau.. ada sesetengah lelaki suka merajuk.. Ala.. biasa la.. lelaki pun ada hati dan perasaan kan? so tak perlu pelik kalau nmpak sorang lelaki tu merajuk.. betul tak?


Senang je kalau nak pujuk lelaki yang tengah merajuk ni.. Cuba uolsss buat 4 tips ni.. Insya Allah akan berkesan..


1. Uolsss cuba bagi dia ruang untuk bersendirian

  • Biasanya bila lelaki merajuk ni, dia  perlukan masa untuk tenangkan fikiran dieorang dan dia perlukan masa untuk bersendirian supaya dia boleh memikirkan betul2 apa yang berlaku ketika itu.. Masa tu dia akan akan fikir yang dia berhak ke untuk merajuk? dan masa tu juga dia akan fikir apa yang perlu dia lakukan untuk selesaikan masalah tu. 


2. Uolsss kene sentiasa bagi dia sokongan

  • Uolsss berikan si dia sokongan yang diperlukan. Tapi kalau dia diamkan diri tengok tv dan buat tak tahu je, biarkan si dia buat apa yang dia nak. Sebaiknya ikutkan je rancangan tv yang dia nak tengok dan jangan sesekali uolsss ubah siaran tv tu ke siaran kegemaran uolsss pula. Sebenarnya walaupun dari luaran kita nampak dia tengah tengok tv, tapi dalam akal fikiran dia biasanya tenagh memikirkan masalah yang sedang berlaku. Kebiasaanya lelaki memang macam tu..


3. Jangan sesekali tanya tentang perasaan dia..

  • Masa dia tenagh merajuk, uolsss jangan sesekali tanya apa yang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, semua tu jangan tanya. Sebainya elakkan dari tanya apa-apa pada dia. Sebab kehadiran uolsss akan mengganggu konsentrasinya untuk dia menyelesaikan masalah yang ada dalam kepala dia. 


4. Uolsss buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati uolsss

  • Ye.. jangan pelik pulak tips no 4 ni, sebenarnya lebih baik uolsss gembirakan hati uolsss sendiri dari pikirkan perasaan dia. Bukan apa, biasanya lelaki ni perlukan ruang untuk bersendirian. So lebih baik biarkan dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri uolss sendiri.. Dengan cara ini, uolsss akan dapat mengelakkan diri uolsss dari mengganggu dia yang sedang pulihkan perasaan merajuk tu.


Simple kan?? Kalau tak percaya uolsss cuba la nanti.. Tips ni KKR dapat dari puan fairuz ( Pakar kauseling rumahtangga ) Sebelum ni beliau perbah berkongsi tips dengan KKR, so hari ni KKR kongsi pulak dengan uolsss semua.. Uolsss apa lagi.. kongsikan juga pada kawan2 uolsss.. hehe..

Terima kasih uolsss smua kerana sudi baca apa yang KKR share ni, semoga semua ini memberi manfaat untuk kita semua..


Share on Google Plus

About motifkita

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

close