Ingat..!! Sebelum nak rampas pasangan orang fikir-fikirkan dulu nasib orang lain. Jangan syok sendiri..!!



Assalamualaikum uollsss.. Banyak cerita yang KKR dengan tentang rampas merampas ni, baru ni kawan naik KKR sendiri yang kena, disebabkan kawan KKR yang kena, ni KKR nak ingat pada perampas2 yang ada di dunia ni, Harap awak baca dan fahamkan betul2..!! Kita sebagai perampas jangan bangga sangat bila berjaya rampas suami atau isteri orang. Sebab manusia boleh berubah hati. Tup tup dia berubah hati, nak balik ke ke isteri lama atau suami lama.. Tak pasal awak pulak yang menduda/menjanda. Time tu baru awak rasa betapa kurangnya bijak awak walau dulu awak rasa bangga sangat rampas suami/isteri orang.



Memang tak di nafikan, jodoh pertemuan itu di tangan Allah.. Tapi kita kena ingat juga yang baik tu datangnya dari Allah SWT, yang buruk tu datangnya dari perangai busuk kita sendiri. Jangan terlalu diri tu hebat sangat dan terlalu cantik/hensem atau terlalu bangga bila dapat runtuhkan rumahtangga orang. Awak kena ingat ni..!!! Doa2 orang teraniaya ni tiada hijab.


Rasulullah S.A.W bersabda;
 ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat di atas awan dan Allah berfirman: “Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”


Semua tahu yang cerai adalah perkara paling di benci Allah. Jadi bila awak rampas suami/isteri orang, paksa suami/isteri orang tu ceraikan pasangan dia, fikirkan2lah... secara tak langsung awak dah suruh orang lain buat perkara yang di benci Allah. awak rasa Allah sayang perbuatan macam tu? Cuba tanya balik diri tu.. Bukan marah.. tanya je..



Suami/isteri orang adalah pinjaman dari Allah SWT untuk seorang isteri/suami tapi kena ingat dia terlebih dahulu Allah SWT beri hak untuk memiliki.. Contohnya macam awak pinjam duit kat bank lepas tu orang curi duit awak tu, takkan awak nak anggap yang duit tu cuma pinjaman orang lain ambil pun takpe. Boleh ke macam tu? Renung2kan lah apa yang KKR sampaikan ni ye.. Sama-sama kita jaga tingkah laku.. jaga iman... jaga ahlak.. Sekian..


Thanks yang sudi baca apa yang KKR bebelkan ini.. Hehehe..


Jangan lupa share untuk semua, semoga artikal ini memberi manfaat untuk kita semua..
Share on Google Plus

About motifkita

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

close