7 Amalan Yang Perlu DIiakukan Ibu Mengandung Untuk Dapatkan Anak Yang Bijak Dan Mendengar kata.


Gambar hiasan 

7 Amalan Yang Perlu DIiakukan Ibu Mengandung Untuk Dapatkan Anak Yang Bijak Dan Mendengar kata.

Pertama : Ambil Pemakanan Yang Sihat

Sebaiknya makan makanan Yang Boleh Membunuh Parasit Dalam Badan dengan secara semulajadi. Pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dgn protein. Sama juga dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yg baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan.

Kedua : Perbanyakan Ibadat

Agama Islam banyak menggalakkan untuk kita mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang bakal dilahirkan berakhlak mulia. Diantaranya, perbanyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat, melakukan kebajikan dan meninggalkan larangan NYA.

Lakukanlah solat sunat dan puasa sebanyak yang mungkin. Perbanyakan membaca al-Quran. Antara yang elok untuk dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.

Untuk pengatahuan anda, membaca surah2 dan ayat2 ini, ia akan memudahkan proses bersalin kelak dan mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Ketiga : Selalu amalkan Baca ayat suci Al-Quran

Doa adalah senjata bagi umat Islam. Oleh itu, kita semua digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Perlu di ingatkan.. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah ini dan dihembuskan ke perut isterinya.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-fatihah untuk melapangkan hati & fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Bila hati kita terang & lapang, Insya Allah.. anak mudah menerima pelajaran. Teruskan amalan ini ketika anak lahir dan ketika menyusukan mereka. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

Keempat : Sentuhan Kasih

Ketika mengadung, berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Mengikut Kajian amalan ini anak akan  kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Kelima : Pastikan Emosi Terkawal

Pastikan emosi kita sentiasa tenang agar anak yg bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, kita harus lebih banyak bersabar n bersikap positif.

Tingkah laku yg baik akan mempengaruhi sikap anak kita di masa akan datang. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yg pada masa yg sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar n cerdas.

Keenam : Dengar Muzik Klasik

Perdengarkan dengar muzik klasik ketika mengandungkan anak kita. Mengikut kajian ini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dlm kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia jugamampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.

Mengikut kajian juga gelombang ini dapat menimbulkan ketenangan n ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

Ketujuh : Pengetahuan Asas

Perbanyakan dengar beberapa jenis bahasa n pelbagai pengetahuan asas yg mudah. Mulalah mengajar anak, contohnya Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah n sebagainya.

Kerap lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dgn lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan n kemudian usap lembut bagi menenangkan bayi dlm kandungan.

Lakukan juga perbezaan suasana seperti terang n gelap dgn menggunakan lampu picit yg disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama 5 hingga 10 minit.

Semoga semua ibu mengandung istiqomah melakukan amalan2 di atas, dan jangan lupa berdoa memohon kepada Yang Maha Esa agar mengurniakan anak2 yang soleh dan solehah kepada  kita.
Share on Google Plus

About motifkita

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

close