Assalamualaikum guysss..
Ini adalah tanda2 sekiranya uolss kekurangan air dalam badan yg dikongsikan oleh pakar perubatan doc kamal :
Yang pertama : Jarang buang air kecil
- Mengikut kajian, setiap individu yg sihat akan membuang air kecil sebayak 6 ke 7 kali sehari. Sekiranya uolsss buang air kecil kurang dari 2 ke 3 kali untuk sehari, kemungkinan besar uolss kekurangan air. Uolsss tahu tak? Kalau kita kurang air dalam badan ia boleh mnjejaskan buah pinggang. Hati2 guyss..
Yang kedua : Kulit kita kering
- Kalau kulit uolsss kering n kasar, ia menunjukkan uolsss kekurangan air. Dah sapu losyen tapi kalau masih lagi tak ada perubahan, KKR nasihat uolsss pergi minum air banyak2 ye..
Yang ketiga : Pening Kepala
- Sakit kepala juga salah satu tanda yang kita kurang minum air.. Jangan ambil mudah pekara ini uolsss..
Yang keempat : Bibir Kering
- Byk ulser dlm mulut & bibir sentiasa kering, kalau ada tanda2 ni.. uolsss perlu minum air segera.
Yang Kelima : Air kencing berwarna Kekuningan
- Selalunya air kencing digunakan utk mengetahui status kesihatan kita. Melalui warna, bau ataupun ketumpatan air kencing boleh beri pelbagai tanda, sama ada kita sihat ataupun tidak. Warna putih atau jernis bermakna seseorang itu sihat, sekiranya air kencing kita warna kekuningan itu menunjukkan badan kita memerlukan air.
P/S : Minumlah air secukupnya utk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Untuk pengatahuan uolsss.. Tubuh manusia yang normal memerlukan sekurang2nya 8 ke 10 gelas air masak sehari. Ianya penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh badan) .
Sekian sahaja yang dapat KKR kongsikan, jangan lupa untuk share pada kwn2 tau..
0 comments:
Post a Comment