Bacalah surah Yasin selepas solat subuh, nescaya Allah Taala akan mengabulkan segala doa & permohonan kita. Insya Allah.

Gambar hiasan

Bacalah surah Yasin ketika selepas solat subuh, nescaya Allah Taala akan mengabulkan segala doa & permohonan kita. Insya Allah.



Assalamualaikum semua..

Buat pengatahuan uolsss, artikal ini KKR tulis selepas dengar ceramah di surau berdekatan rumah KKR kemarin..

Hari ini KKR tulis untuk share dengan uolsss apa yang di smpaikan oleh ustaz fazli..

Apa yang dipesan beliau..

" Bacalah surah Yasin ketika selepas solat subuh, nescaya Allah Taala mengabulkan segala doa & permohonan kita. Kita mintalah apa saja yang baik2, insyaa Allah.. Allah akan tunaikan permintaan tu. Siapa yang sanggup menahan mata utk membaca surah yasin selepas solat subuh dia adalah golongan yang beruntung. Percayalah.. "

##Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”

##Sabda Rasulullah lagi,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”

##Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat 2 rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”

Kesimpulan dari hadis berikut adalah : 

Sekiranya kita amalkan untuk membaca surah yassin setiap hari, segala urusan kita akan dipermudahkan & kebajikan kita dijaga oleh Allah SWT.

Makaudnya kalau kita biasakan diri membaca surah Yassin setiap pagi selepas solat subuh ataupun selepas solat dhuha, keperluan kita akan Allah lengkapkan.

Perlu di ingatkan..!! JANGAN sesekali lakukan amalan ini hanya semata2 untuk nikmat dunia sahaja sebaiknya jadikan lah amalan ini untuk meraih keredhaan Allah..

Sekian sahaja yang dapat KKR kongsikan.. Jom sebarkan kebaikan..
Share on Google Plus

About motifkita

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

close