Assalamualaikum uolsss.. Sebelum tu KKR mohon maaf pada emial yang belum KKR reply.. terlalu ramai bertanyakan soalan dan minta pendapat.. Insya Allah.. KKR akan cuba reply satu persatu nanti..
Untuk kali ni ada yang email KKR untuk dapatkan petua supaya mudah untuk tidurkan bayi mereka..
Untuk uolsss yang susah tidur atau pun bayi uolsss susah nak tidur, cuba amalkan doa ini.. Insya Allah semua akan dipermudahkan..
DOA SUPAYA MUDAH TIDUR
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌيَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Maksudnya :
Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Keterangan Dan Cara Untuk Beramal
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwanbahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malamyang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuktidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengannyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .
Doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.
Air yang telah dibaca dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum ataupun untuk mandi.
Sekian sahaja yang KKR boleh share untuk uolsss.. Selamat beramal uolsss..
P/ S : Jangan lupa share pada kawan tau..
0 comments:
Post a Comment