Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Maksudnya:
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
- Istighfar 10 kali
- Shalawat Nabi 10 kali
- Al-Fatihah 1 kali
- Ayatul Kursi 1 kali
- Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)
- Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11 kali
Uolsss sediakan botol air yg bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca Doa Kesuburan uolsss tiupkan pada air tadi. Minum air bacaan setiap hari. dan uolsss sapukan air tadi pada bahagian bawah pusat ke turun keb@wah sebanyak tiga 3 kali sambil memb@ca Doa Kesuburan. InsyaAllah pada bah@gian yg bermasalah akan pulih dgn izin-Nya. Jika ada yg tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.
Demikian sahaja yang boleh KKR kongsikan, sebelum itu KKR mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang KKR sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya. Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua.
0 comments:
Post a Comment