VIRAL!! 10 Ayat Manis Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita


Ramai lelaki adakalanya agak sukar untuk kita fahami, apabila mereka sudah betul-betul jatuh cinta, mereka susah untuk membuktikan apa yang mereka kata. Tetapi itu tidak bermaksud golongan ini tidak mencintai kita ya!
Dengan ayat-ayat manis dan bahasanya juga boleh membuktikan yang sebenarnya si dia telah jatuh cinta. Jom kita ketahui maksud di sebalik ayat si lelaki yang mula jatuh cinta pada wanita.

10 Ayat Manis Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita

AYAT PERTAMA
“Kenapa kita tak jumpa dari dulu lagi ye ?”
Jika lelaki pernah berkata seperti ini itu bermaksud si dia benar-benar bahagia dengan kamu dan besar kemungkinan si dia tidak pernah bahagia seperti sekarang. Jadi jangan sia-siakan hubungan kamu berdua.

AYAT KEDUA
“Terima kasih sebab menyayangi saya!”
Ucapan terima kasih ini bukanlah kata-kata kosong sahaja. Mereka sebenarnya ingin menunjukan rasa bersyukurnya mereka kerana miliki seorang gadis seperti kamu. Bila ayat ini terkeluar dari mulutnya secara sepontan usah pertikaikan lagi sejauh mana si dia cintakan kamu.

AYAT KETIGA
“saya rasa macam nak menangis je, sebab rasa dihargai sangat!”
Wow, bukan senang seorang lelaki mengaku yang dirinya sedang ‘berkaca’. Ini bermakna hatinya benar-benar tersentuh dengan cara layanan kamu terhadapnya. Maintain kan sahaja hubungan kamu berdua

AYAT KEEMPAT
“Saya nampak masa depan saya bila bersama awak”
Nampaknya si dia benar-benar yakin dengan kamu. Jarang lelaki benar-benar yakin dengan pasangannya. Oleh itu, terus berikan contoh yang baik padanya dan tunjukan bahawa kamu benar-benar sesuai hidup dalam ‘masa depannnya’.

AYAT KELIMA
“awak lah kekasih dan sahabat saya”
Si dia benar-benar selesa dengan hubungan kamu berdua. Bagi dirinya, kamulah segala-galanya. Andai si dia sudah menganggap kamu sebagai sahabat itu bermakna si dia benar-benar sudah berada di dalam zone selesa bersama kamu.

AYAT KEENAM
“jaga hubungan kita sama-sama ya!”
Si dia benar-benar mengharapkan kejujuran daripada kamu. Ini kerana besar kemungkinan si dia ada rancangan untuk mengadakan hubungan yang lebih serious bersama kamu. Maka, jangan menduakan dirinya atu buat apa-apa masalah kerana si dia pasti akan kecewa lalu meninggalkan kamu.

AYAT KETUJUH
“kalau awak tak ada, tak tahulah saya nak hidup dengan siapa?”
Kamulah satu-satunya yang bertahta dalam jiwannya. Sekirannya kamu pergi jauh daripadanya si dia pasti akan benar-benar merindui kamu dan ternanti-nanti kehadiran kamu. Nampaknya kamu benar-benar menjadi ‘watak utama’ dalam hidupnya.

AYAT KELAPAN
“saya dah malas nak berkenalan dengan orang lain”
Wah, kamu sangat berhuntung! Ini bermakna si dia benar-benar sudah jumpa apa yang si dia mahukan. Mungkin segala ciri-ciri dan sifat semula jadi yang ada pada kamu memenuhi cita rasanya.

AYAT KESEMBILAN
“Awak serious tak dengan hubungan kita ?”
Sedikit sebanyak, ayat-ayat seperti ini memang membuktikan si dia sebenarnya mula terbuka hati untuk bersama kamu. Namun ada kemungkinan si dia takut untuk menyerahkan jiwa raganya untuk bersama kamu. Apa yang boleh kamu lakukan, yakinkan si dia dan buktikan sedikit padanya bahawa kamu benar-benar serious dalam perhubungan.

AYAT KESEPULUH
“sudikah awak menjadi isteri saya yang sah ?”
Awwwwww, jangan di tanya lagi! Benarlah hatinya sudah tertarik pada kamu. Si dia memang tidak mahu kamu menjadi milik orang lain. Oleh itu terima sahajalah lamarannya itu!

Jadi dalam banyak-banyak ayat diatas yang mana satu wanita suka dengar? jangan lupa share artikel ini ya :)
Share on Google Plus

About motifkita

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

close